Saturday 28 April 2012 0 comments

Bila Semua Menjadi Kuning

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirohmanirohim.

28 April 2012, 2 petang.

Tergaris senyuman di bibir tatkala mendengar laungan semangat "Hidup2x mahasiswa" yang dilaungkan oleh sekumpulan pemuda-pemudi di Dataran Merdeka. Entah mengapa hati itu tersenyum. Demamkah? Melihat orang berdemonstrasi masih boleh tersenyum.

Lama terfikir sendiri. Mengapakah? Apakah yang bagus benar demonstrasi ini?

Tapi apakah yang teruk benar demonstrasi ini. 

Wah sempat juga hatinya bermonolog dalaman. Sudah semua kata buruk, ganas , tak beretika, buang masa, kenapa perlu hatinya punya secebis rasa indah melihat lautan pemudi berbaju kuning itu.

Entah mengapa, jiwa mudanya terpanggil seketika untuk membelek-belek video Bersih 3.0 yang dimuat naik di Youtube. Jiwanya dibakar semangat , seperti tatkala dia mendengar lagu "Adakah Kau Lupa" suatu ketika dahulu. Bagai melihat lautan orang yang punya semangat juang yang tinggi.

"Buang masa je berdemostrasi ni.  Baik study, buat assignment"

"Sokong orang kafir si Ambiga". 

Berderet-deret komen negatif yang didengar. Apakah sebenarnya Bersih ini? Erm.. Terperuk di rumah dengan buku-buku, assignment dan kerja-kerja lain membuatkan dia kurang peduli dengan beri beita-berita begini. Tambah-tambah , kawan-kawannya ramai yang memberi respon negatif berkenaan si kuning ini.

Apakah teruk benar dirimu Alyff. Pentingkan diri sendiri. Duduk berulit dengan bantal, tilam dan kipas yang sejuk berpusing sampai tak ambil tahu hal orang lain. Kalau orang kafir barat boleh menemui kebenaran  Islam tatkala satu dunia menyalahkan Islam, namun kau pula tiada usaha langsung nak ambil tahu apatah lagi menyelidik. Bulat-bulat sahaja kau percaya.

Erm?Aku teruk, Aku baiklah ni. Aku malas nak gaduh-gaduh, aman-aman sahaja sudah.



"Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Allah. Berdesup hatinya. Surah al-Hujurat ayat ke 6 itu umpama ditujukan padanya. Allah. Astaghfirullah.
Perlahan-lahan jarinya menaip di kekunci komputernya.

." Tuntutan bersih 3.0"

Bukankah orang beriman itu harus menyelidik dahulu?Dirinya belum layak dikatakan beriman, namun dirinya mahu menjadi orang beriman. Tidak wajar dia menghukum tanpa mengetahui pucuk pangkal dan kesahihan berita.

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Terdiam dia. Bahagian manakah yang menyokong orang kafir itu?Tertinggal maklumatkah dia? Kelapan-lapan tuntutan ini, terutama yang ke tujuh itu tiada yang salah. Terpaku dia tatkala menancap tatacara Bersih 3.0 itu. 

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

Medan perangkah bersih ini. Teringat buku-buku sejarah Islam yang pernah dibacanya dahulu, Wasiat khalifah kepada tentera-tentera Islam sebelum berperang, antaranya janganlah dirosakkan pokok-pokok, rumah ibadat dan jangan mencederakan wanita dan kanak-kanak. Subhanallah. Garis panduannya sudah indah tersusun, namun bagaimanakah pelaksanaannya?  

Dirinya tidak hadir di medan itu, untuk begitu mudah menghukum lalu menyalahkan mereka di sana. Dirinya tidak tahu apakah realiti di sebalik timbunan berita-berita yang menghujani di kaca televisyen. 

"Bismillahirohmanirohim. Ya Allah, sesungguhnya, hati-hati itu telah berpadu di jalanMu. Lindungi mereka, bimbinglah mereka, jauhkanlah mereka dari kesengsaraan dan kejahatan-kejahatan dunia dan akhirat,yang nyata mahupun tersembunyi.. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati-hati manusia. Berikalah kemenangan dan ketenangan kepada mereka yang benar-benar berjuang di jalanMu".

Andai Bersih ini sebuah medan jihad, dirinyalah yang paling rugi.Umpama  Kaab bin Malik; Marrarah bin Ar-Rabie'; dan  Hilal bin Umaiyah yang berpaling dari medan perang Tabuk. Nauzubillah min zalik.

"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah) dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya) dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): "Api Neraka Jahanam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami."


(Surah At-Taubah, ayat 81)

Nauzubillahi min zalik.
 Wallahualam.














Monday 2 April 2012 0 comments

Setanggi Syurga


اَشْهَدُ اَنْ لاَاِلَهَ الا اللَّه وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ
وَاَشْهَدُ اَنْ مُحمَّدا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ المُتَطَهِّرِيْنَ
وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَدِك الصَّالِحِيْنَ

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya dan pesuruhNya.Ya Allah jadikanlah aku daripada orang yang bertaubat dan golongkanlah aku daripada hambaMU yang soleh.

Bait-bait doa selepas berwudhu' yang terlafaz tersulam dengan maknanya menusuk jiwanya.Titisan air wudhu' di wajahnya diraup dengan tangannya. Dibukanya lipatan hujung seluarnya. Lipatan lengan kemeja biru lembutnya dibiarkan sahaja. Dia selesa begitu.

Kakinya dilangkah sederhana pantas ke arah ruangan solat muslimin Masjid Biru. Dia tidak mahu kelihatan tergesa-gesa, kerana peribadi seorang mukmin itu sewajarnya tenang. Tidak terburu-buru, tidak terlalu laju, tidak terlalu lambat dalam perbuatan. Dia ingin mencontohi Rasullullah saw insyaAllah,sederhana dalam segenap perkara. 

Jam tangannya menunjukkan pukul 4.00 petang. Dia masih punya setengah jam sebelum masuk waktu Asar. 

"Auf, asif ana bertanya. Anta sudah berpunya?" tanpa dipelawa suara Aqif terngiang-ngiang kembali di telinganya.Terkebil-kebil matanya mendengar bait patah perkataan sahabatnya itu. Sedaya mungkin dikawal perubahan riak wajahnya. Control macho kah? Tidak. Lama dia terdiam. Tidak pernah dijangka akan diajukan persoalan itu.

" Aik Qif, soalan apakah ini. Anta nak meminang anakah?" Santai dia menjawab.Dia mengukir senyuman kecil, menutup gelodak di dada.

"Kalau ya?" duga Aqif.Namun terasa ada ketegasan di hujung suara itu. Ini bukan soalan cepu mas mahupun gangsa apatah lagi perak, ini benar-benar serius. 

"Belum Qif."Pendek jawapannya. Dia tidak mahu bertarik tali dengan sahabatnya. Masa itu usah dibuang untuk bermain tarik tali. Perkara yang boleh diselesaikan secepatnya , biarlah dicepatkan.

" Moleklah begitu. Ana datang menyampaikan hajat seorang muslimat, Auf. Kalau anta setuju, insyaAllah antum boleh bertaaruf."

Bicaranya dengan Aqif minggu lalu bermain-main di dalam kotak fikirannya. Beruntungnya dia kerana ada yang sudi memulakan langkah perkenalan dengannya. Teringat dia, bagaimana Saidatina Khadijah meminang Rasulullah.  Allah.  Beruntungnya dia, dia hanya insan biasa yang penuh kelemahan, namun masih ada yang sudi mendekati. Malu rasanya menjadi muslimin, kerana tidak berkemampuan dan keberanian untuk memulakan langkah itu. 

"Subhanallah. Alhamdulillah.. " Hanya itu yang mampu dilafazkan olehnya.Zikir-zikir itu diteruskan alunannya dalam hati. Kelu lidahnya menutur bicara.   Ditatap wajah bersih Aqif, yang masih setia menanti jawapannya. 

"Jadi jawapannya...?"Aqif tersenyum-senyum melihat raut wajah sahabatnya itu. Gelabah kentang. Setenang manapun Auf, sebagai sahabat , Aqif dapat membaca riak tersembunyi di wajah tenang itu. Dia kagum dengan peribadi Auf, sentiasa merendah diri mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Walaupun sebenarnya bukan sekali dua dia merisik bagi pihak muslimat-muslimat yang lain, namun reaksi Auf masih gelabah-gelabah dalam tenang begitu. Paling dia kagum cara Auf menerima dan membuat keputusan. Walaupun dia sentiasa cuba didekati atau dirisik, namun Auf jarang sekali melatah. Kalaulah dia di tempat Auf, sah-sah dia pening. Ramai juga sahabat-sahabatnya yang lain, bijak berorganisasi dan bekerja, namun bila masuk bab perasaan , mudah benar melatah.

"Ana istikharahkan dulu ya, Qif. Tentang siapakah orangnya, ana minta anta rahsiakan ya, sehingga ana mantap dengan istikharah ana."  balas Auf sambil tersenyum. 

"Pasti?" duga Aqif.

"Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur, pada redup mata yang menipu,"  balas Auf lembut. Sempat pula dia memetik bait kata lagu Setanggi Syurga itu.

Biarlah dirahsiakan identiti muslimat itu.Padanya, lebih mudah dirinya ingin beristikharah tanpa dibayangi dengan keindahan duniawi kurniaan Allah itu. Itu cara dia untuk melentur keinginan dalam dirinya. Dia ingin memastikan kesediaan dirinya bagi menerima tanggungjawab itu. Usah kerana si dia cantik, dia terus bersetuju ataupun usah kerana si dia serba kekurangan dia terus menolak. Pokok pangkalnya adalah dirinya. Bersediakah dia kala ini untuk mencari pemilik rusuk kirinya.




























 
;