Showing posts with label Study Life. Show all posts
Showing posts with label Study Life. Show all posts
Tuesday, 19 June 2012 0 comments

Aku Insan Kerdil


Allahurobbi..Pagi ini, tatkala terbaca status entah siapa di FB yang berbunyi "Hairie Othman dapat sijil memfitnah dari PAS" hati dibisikkan sesuatu. Terus teringat retetan-retetan perubahan yang berlaku dalam dunia ini. 


Makin ramai artis yang kembali kepada Allah. Irma Hasmie sudah bertudung, Yatt, dan Abby Abadi. Astaghfirullah..Kerdil rasanya diri ini. Andai nama-nama besar, ramai peminat , berwajah jelita , berharta , mulai rasa diri adalah hamba. Tiada ragu menolak tawaran lakonan beribu-ribu dan menutupi rambut yang indah menawan demi redha Allah. Kenapa kita, yang tiada apa-apa begitu sombong? Angkuh melanggar syariat . Rambut tidaklah seindah mana, rupa tiadalah secantik mana, harta tidaklah melimpah ruah, namun masih segan-segan untuk menutup aurat.Nauzubillah min zalik.

Teringat kata-kata seorang sahabat ," Allah tidak perlukan kita, kita yang perlukan Allah. Islam tidak perlukan kita, kita yang perlukan Islam."

Allahurobbi..

Tajam menusuk. Dikala kita masih berkira-kira waktu untuk beribadat, berlengah-lengah untuk solat, berkedekut-kedekut untuk bersedekah, berbolak-balik untuk berbuat baik,rupanya kita sudah terlupa. Pemilik waktu itu Allah, pemegang nyawa itu adalah Allah, pemberi rezeki itu adalah Allah, namun kita masih berkira-kira untuk taat kepada Allah.Astaghfirullah, bukankah kita ibarat tuan rumah dan penyewa. Tuan rumah dah bagi tinggal free,fully furnished siap pakej makan,segala free kita pula kurang sedar diri. Sudahlah dikotorkan rumah, tuan rumah jemput datang jumpa , ditolak, siap demand macam-macam kemudahan lagi. Mahu apa lagi?

Ayuh kita berubah. Dikala badai exam menggila, berhentilah seketika untuk solat.Dikala ditanya sahabat atau ditanya hint (tips dari pensyarah untuk exam), murahkan hati untuk berkongsi. Tatkala bersemangat mencedok ilmu, bisikkan pada diri, "Aku belajar keranaMu , Ya Allah", mulailah dengan sepotong doa walau sependek Bismillah, akhirilah dengan Alhamdulillah. Tatkala berhari-hari belajar, siap lunyai dan direbus buku untuk diminum airnya, sematkan dalam diri itu usaha kita, namun Allah menentukan. Sewaktu tekun ber "study group"  tutuplah aurat (orang lebih fokus belajar ) , batasilah pergaulan , sederhanakanlah gurauan. Tak mahu ikut? Jom dengar amaran Allah.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran:


 Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[27]

Kalau degil lagi tak nak ikut macam mana? Ingatlah Allah tak hairan sedikit pun dengan kita, dengan ibadat kita.Tak kurang sedikit pun kekuasaan Allah andai kita tidak taat padaNya.Dah tu siapa rugi? Tepuk dada tanya iman. Ketahuilah , Allah mampu mengambil nyawa kita, sekelip mata sahaja.Jom kita bawa-bawa diri kembali kepadaNya.


Wednesday, 25 January 2012 0 comments

Mode Tesis: Teruskan atau Menyerah?








Otaknya tepu. Jiwanya memberontak. Thesis ini perlu disiapkan. Benih-benih putus asa bercampur tekanan mula bercambah di hujung jiwanya. Global Production and Sourcing (GPS) menguji jiwa kehambaan dalam dirinya. Subjek master yang beraura business ini membuka jalan buat si syaitan untuk menggoda nafsu mazmumah yang terpendam di sudut hatinya.


"Susah weh, subjek master ni. Kau budak degree, final year projek pun tak buat lagi, mane mampu buat benda ni. Dah le ko xbelajar kot.Tarik diri je. Senang cerita." 

Astaghfirullah.

Senang cerita? Sedikit kesilapan dan kealpaan akan membuatkan dia merana di masa hadapan. Tiba-tiba matanya menangkap sebaris ayat dari terjemahan surah Lukman,

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
(31:22)
Benar.

Terkedu dia sebentar. Allahuakbar.


"Rileks je, xperlu susah-susah sangat. Buat apa kau penat-penat dan kisah benda ni. Orang lain selambe je bersuka ria." 

Ini memang bertekad sungguh. Bukan setakat cuba melemahkan jiwanya, malah cuba menerbitkan sifat buruk sangka pada teman sekumpulan. Nauzubillah min zalik. Bukankah Islam mengajar umatnya supaya berbaik sangka malah dianjurkan supaya kita mencari 40 alasan untuk bersangka baik pada sahabat kita sebelum kita buta-buta berburuk sangka. 

Lemahnya dia. Nafsunya masih boleh dicucuk-cucuk dengan  jarum  mazmumah.Ternyata kembara jiwanya masih panjang. Kembara mencari nafsu mutmainnah. Kembara yang memerlukan jihad. Kembara yang mencari jiwa yang tenang.

Wallahualam.








0 comments

Bila Result Menyuramkan Kehidupan

Suhu sejuk mencecah 1 degree celcius. Telinga disumbat dengan earphone yang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.Ditatap dalam-dalam jurnal-jurnal elektronik di hadapannya dalam-dalam. Kadangkala nafasnya dihembus berat.

Keputusan Engineers in Society yang baru nampaknya tidak begitu memberansangkan.Alhamdulillah. Kenapa? Sengaja mengubah kebiasaan. Sudah lama dirinya mengucapkan syukur tika gembira, namun jarang-jarang sekali dia mampu mengucapkan syukur dikala keadaan sebaliknya. Dahulu, sewaktu zaman asasi, dirinya diketuk dengan sebuah nasihat yang disampaikan dalam bentuk dua situasi.

Pelajar A: 8A 1B?Sikit lagi je ni nak dapat semua A. Tula aku main-main lagi
Pelajar B: 4A 4B? Alhamdulillah. Aku kena sujud syukur.

Antara pelajar A ataupun B, yang manakah yang lebih baik akhlaknya? Yang manakah pilihan kita?Teringat tazkirah ringkas yang berkesan dari sahabatnya.




 A glass can be half full or half empty. It's just a matter of how we see things. And if we see it from His view point, everything happens for the sake of us, for our benefits, we just have to look hard enough.

Its just a matter how we see things.

Lantas dia mencapai konklusinya sendiri. Pelajar A bukan bersikap negatif, tapi punya daya saing yang tinggi. Oleh kerana itu dia tidak berpuas hati. Pelajar B pula, dia bersyukur dan cepat berpuas hati.


Rasulullah SAW., bersabda, "Sungguh aneh kondisi seorang Mukmin; sesungguhnya semua kondisinya adalah baik, jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur; maka itu adalah baik baginya. Dan bila ia ditimpa hal yang tidak menguntungkannya (kemudlaratan), ia bersabar; maka itu adalah baik (pula) baginya." (HR.Muslim) 


Tersenyum dia sendiri. Dia mahu menjadi Pelajar C. Berdaya saing dan dalam masa yang sama bersyukur.



A028



"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,tenang tenteramlah hati manusia.

Monday, 16 January 2012 0 comments

Tatkala Tension Menghimpit: Allah Memandang Usaha

Astaghfirullahalazim...Subhanallah.. Seandainya menangis itu boleh menyelesaikan masalah, agaknya boleh banjir dunia dengan air mata. Sofea tersenyum sendiri. Baru sebentar tadi dia membaca artikel yang di"share" sahabatnya di Malaysia, "Why do woman cry". Susah juga kalau setiap benda nak menitis air mata, kan.

Sekali-sekala diundangnya senyuman dengan mendengar celoteh Ustaz Azhar Idrus(UAI). Syukur Alhamdulillah, dihadirkan seorang ustaz yang mampu menyampaikan ilmu sambil membawa aura ceria.

Tugasan di hadapan di pandang dalam-dalam. Syaitan sudah lama mencucuk-cucuk nafsunya untuk memberontak.  "Buat apa rajin-rajin, orang lain rileks je, belajar sikit, masuk banyak. Buat kerja sikit, dapat hasil sama." Ini dah kira psiko dah ni.

"Astaghfirullahalazim. Adei , kau salah la syaitan. Mana sama." Tingkah hatinya.

Tersenyum dia sendiri tatkala ditemuinya kata-kata cinta Rabbnya.

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

(surah Al-Zalzalah, 99:7)

Indahnya.


Tenang lagi mendamaikan. Bukankah Rabbku memandang usaha hambaNya, kerana hasil itu adalah urusanNya. Biarlah kurang bijak asalkan rajin, sebab Allah suka itu.Tambahan pula, setiap yang Allah beri itu, pasti ada hikmahnya. Genius bukan penentu kejayaan.=)..

Kata-kata Yasmin Moghayed dalam Facebook dan blognya menghadirkan nafas baru buatnya. Keinginan kepada sesuatu selalu mengaruskan kehidupan dan perasaan.=).Insya-Allah, dia ingin berubah.
Friday, 13 January 2012 0 comments

Kisah Budak Uni Gelabah Lepas Exam

Dia menggelabah tiba-tiba. Dah lebih 6 jam peperiksaannya berlalu barulah dia terasa menggelabah. Dia ingat jawapannya, namun dia tidak tahu yang manakah yang paling tepat dan sesuai ditulisnya.. Peperiksaan di sini , bukan seperti di Malaysia, jawapan yang tepat dan jelas diperlukan. Teringat cerita temannya, dahulu mereka pernah menjawab soalan Mathematics, but the only thing that they need to write only the answers. Bayangkan 100% markah final exam, dan hanya perlu jawapan sahaja..Pinar-pinar matanya membayangkannya..


Perlahan-lahan sudut jiwanya berbisik, "Bismillahi tawakaltu ala Allah"..Ya Allah aku bertawakal kepada mu. Dan tidaklah kami tahu melainkan dengan apa yang Engkau ajarkan. 

DUIT=doa+usaha+ilmu+tawakal. Phase tawakal sekarang..=)
 
;