Sunday, 3 February 2013 0 comments

Hikayat Saudagar Manisan dan Peniaga Papadom


Terkesan.

Seorang jejaka melamar seorang gadis dalam keadaan dia serba kekurangan. Si gadis menerima lalu mereka memulakan kehidupan serba sederhana. 

Si jejaka masih baru dalam perniagaan.Setiap hari dia mengayuh basikal sambil menjual manisan sambil si isteri membonceng di belakang. Walau terpaksa berhujan , si isteri masih setia membonceng di belakang basikal.

Masa terus berlalu. Jejaka itu kini sudah mampu memiliki motosikal untuk keluar berniaga. Si isteri masih setia menemani si suami berniaga. Perniagaan berkembang dan akhirnya mereka mempunyai sebuah lori. Masih seperti dahulu, si isteri masih rajin menemani suami membanting tulang, berniaga manisan. Bezanya , kini mereka mempunyai seorang anak gadis. Dengan lori sebuah itulah, mereka berniaga dan menghantar anak perempuan mereka ketika sakit.

Berkat usaha dan kesabaran, kini mereka mempunyai kedai sendiri. Si anak gadis rajin seperti ibunya. Selepas sekolah terus ke kedai membantu ibu bapanya. Tidak janggal , tidak kekok mahupun malu untuk membantu kerana sejak kecil dia berada bersama ibu bapanya, mengulang kaji sambil melihat ibu bapanya berniaga.

Disebuah kehidupan seorang jejaka lain, berlainan pula kisah hidupnya.

Jejaka ini pada asalnya, punya si isteri yang memahami, keluarga yang bahagia. Dia bekerja keras, dan mahukan yang terbaik buat isterinya. Isterinya diminta hanya tinggal di rumah,menjaga anak tunggal mereka. Hari demi hari, perniagaan semakin berkembang, kehidupan semakin senang, namun si suami tidak sedar dia makin kehilangan sebuah kegembiraan. Si isteri yang dahulunya susah senang bersama, mulai menjauh dek kerana kesepian. Si anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, mulai memberontak lagak si anak manja. Hampa si bapa. Niatnya hanya satu, keluarganya hidup senang. Namun, kelihatannya kehidupan ia semakin porak peranda tatkala kejayaan mulai dikecepai.

Manakah silapnya?Apakah beza jejaka pertama dan kedua? Mereka berdua bermula sama, seorang jejaka yang hidup susah yang cuba mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. Namun mengapa akhirnya begitu jauh berbeza?

Kisah jejaka pertama, kisah yang dipetik dari iklan pendek. Kisah sebuah keluarga bangsa Cina yang tekun memperbaiki hidup. Walau sekadar iklan, ia adalah realiti. Realiti, di mana-mana perusahaan kedai Cina, terlihat kelibat si anak tekun menelaah di meja, sambil si ibu atau bapa berniagan di kaunter. Kadangkala si anak turut membantu. Hasilnya, anak tidak pernah rasa terpinggir apabila ibu bapa semakin sibuk dengan perniagaan, malahan mereka lebih-lebih lagi membantu.

Memetik kisah lelaki kedua, itulah realiti orang kita melalui filem Papadom. Anak dan isteri di rumah, ayah di tempat perniagaan. Alasan biasa si isteri dibiarkan sendiri di rumah, bagi menjaga anak. Sayang isteri, perlu duduk kerja di rumah sahaja.Apabila si ayah sibuk berkerja , si anak dan isteri di rumah mula rasa terpinggir, kekosongan. Tidak mampu memahami mahupun berkongsi kegembiraan si ayah yang mampu mengembangkan perniagaan mahupun kesusahan ayah seharian bekerja. Begitu juga si ayah, hanya terfikir si isteri dan anak cukup makan pakai, tapi matanya, dan mata hatinya gagal melihat kesepian di hati keluarganya. Lalu lahirlah keluarga yang pecah belah , si anak manja yang hanya tahu memberontak.

Lalu, marilah kita berubah. Andai sayang, bentuk dan libatkanlah mereka dalam kehidupan kita. Moga mereka lebih memahami dan akhirnya menjadi perintis gerak kerja kita.

-Nukilan ini sekadar kita refleksi pada diri kita bersama. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. -


Saturday, 24 November 2012 2 comments

Akidah dan Perjuangan



Aku terdiam.Kelu. Kata-kata makcik di depanku membuatkan aku berfikir berkali-kali. Kata-katanya bermain dalam mindaku. 

"Umat Islam seluruh dunia insyaAllah dah doa, Mekah, Madinah mesti doa, negara-negara Islam lain mesti banyak lag. Ulama-ulama yang doa tu, ulama besar.Tapi kenapa doa itu masih belum diangkat? Kenapa saban hari ada sahaja yang terbunuh, berpuluh-puluh tahun, makin hari makin teruk? Cukupkah kita menghantar ubat untuk mengubati tangan yang kudung?Cukupkah kita menghantar makanan kepada mereka yang menderita ditembak segenap badannya? Makan keluar jadi najis, itu sahaja. Paling makcik sakit hati dengar orang sembang kedai kopi, 

"Kisah Palestin memang ada dalam al-Quran, memang nasib dia berperang. " 

Memanglah al-Quran kata macam tu, tapi mana boleh ambil yang tersurat. Belajar dulu, tuntut ilmu, tanya orang alim maknanya."

Astaghfirullah. Batinku menjerit erti sebuah kebenaran. Malu sendiri aku sebagai MAHASISWI. Benar, Rasulullah, para sahabat, adakah Rasulullah hanya berdoa dan mengerahkan sahabat menghantar bantuan makanan ketika Islam dicerca dihina?Adakah Sultan Umar Abdul Aziz hanya berpeluk tubuh tatkala kezaliman menjalar di negara Islam?Adakah Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan rakyatnya hanya berdoa ketika hendak menawan Kota Constantinople?  Bukankah ketika Rom menghina Islam, Khalid al-Walid dihantar untuk menggempur(ada tunjuk perasaan ke?Action speak louder man). Bukankah Sultan Mohamad al-Fateh, melatih tenteranya, lalu memilih sebilangan tentera terbaik dari tenteranya, yang menjaga qiamulail, menjaga solat fardhu dan rajin berpuasa sebagai tenteranya, dilatih 40 hari dalam sebuah pulau dengan latihan kerohanian dan ketenteraan, sehinggakan tentera Rom tercengang hairan, melihat tentera Islam yang hebat, siang berperang malam masih berjaga malam, beribadat , bagaikan tidak pernah rehat. Tercengang mereka, memikirkan bila waktu sesuai untuk menyerang.

Novel-novel Sejarah Islam 
 Cukuplah kalau semua negara Islam yang punya hasil minyak, bersatu, menghentikan bekalan minyak walau seminggu kepada Israel dan sekutunya, lumpuhlah segenap ekonomi, jet2 pejuang dan kilang-kilang . Teknologi Israel sudah sampai ke jet tenaga solarkah untuk berperang, mengebom dan membunuh? Cukuplah kalau kite mengumpul kekuatan tentera , teknologi kita untuk sama turun di medan juang, insyaAllah gugurlah mereka. Perjanjian damai apalagi yang mereka taburkan ? Berpuluh-puluh tahun mereka mencabuli genjatan senjata tiap kali ada perjanjian dibuat? Buta dan tulikah kita untuk terus ditipu? Tanah Melayu dahulu, dirobek kedaulatan dek perjanjian pemerintah. Kalau melawan, hancur lebur Tanah Melayu diranab. Itu Tanah Melayu. Lepas berpuluh tahun dijajah, barat bertepuk tangan melihat perpecahan, kemusnahan akal dan akhlak yang berlaku.Tapi Palestin, berbeza. Aliran jihad dalam darahnya , sematan iman yang tersimpul, membuatkan mereka bangun dan terus bangun. Tapi dimanakah saudara seIslam yang lainnya?Bersekutu dan bersekongkol menjana ekonomi si pembunuh? 

 Tertipu lagi rupanya kita. Dipisahkan melalui sempadan negara, sehingga menidakkan mereka yang terbunuh itu saudara kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”

Allahuakbar! Akidah dan Perjuangan. Kerana akidah, Palestin masih berjuang.Kerana mereka yakin janji Allah, syahid mempertahankan agama dan negara, syurga balasannya.Namun dimanakah kita kini? Masih seperti katak dalam balang kaca, beralaskan api? Masih bergelut dengan dengan akidah sendiri? 

Tepuk dada tanya iman. Kita tidak mampu sendiri. Pemerintah juga begitu. Sultan Muhammad al-Fateh ingin menawan Kota Constantinople, beliau berpegang dengan hadith nabi "“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)".





Novel Sultan Muhammad al-Fateh yang membuatkan kita menjiwai perjuangan  Islam.


Hadis riwayat Abu Daud
Friday, 29 June 2012 0 comments

Seminggu di Bumi PHN


Bismillahirohmanirohim..

Jam digital di sudut kanan laptop menunjukkan 12.51 pagi. Sejenak merenung sebuah kehidupan yang baru seminggu berlalu. Sedar tak sedar, sekelip mata sahaja sudah praktikal. Bagai baru semalam rasanya bertungkus lumus untuk peperiksaan, tapi kini keputusan sudah terpapar. Itulah antara tanda-tanda akhir zaman, iaitu, apabila masa berlalu tersangatlah pantas. Satu nikmat itu telah diambil oleh Allah, nikmat masa.

Merenung retetan yang berlalu di bumi PHN, anak syarikat DRB-HICOM. Bersistemkan Jepun namun berjiwakan Islam, insyaAllah. Tersenyum sendiri bila mendengar En Adnan Kadir (Ketua Jabatan Keselamatan dan Persekitaran) dan En. Saiful (Ketua Jabatan Pengeluaran) memberi penerangan untuk projek kami di sini. Mafhum ucapan En. Kadir, seorang jurutera usia pertengahan yang segak dan tertib(pelik bin ajaib bila ku tahu dialah En. Adnan. Masakan tidak, pernah dipesan supaya kami jangan sesekali melangkah ke plant tanpa safety booth, melainkan mahu mendengar bagai suara guruh membelah langit En. Adnan.) Kata En. Adnan, dia tidak mahukan apa-apa hasil projek yang terhasil, namun apa yang dibayangkan adalah ciptaan dia boleh digunakan generasi akan datang. Bak kata En. Saiful ni, seronokbekerja , semuanya berpahala.

Layout atau susunan di tempat kerja lebih mengagumkan. Dari Pengurus, Ketua Jabatan, Kerani sampailah kami si Pelatih atau glamournya, Trainee dalam sebuah bilik operasi. Memang sah-sah bos tak boleh tidur, apatah lagi kami pelatih tak sampai seminggu. Tiada dinding yang membatasi. Perbualan bos mengenai masalah production terus tahu on the spot xperlu tunggu meeting. Malah, bagaikan tiada beza pangkat yang memisahkan. Mesra bagai sekeluarga. Biarpun katanya itu budaya Jepun, cara kerja Jepun, insyaAllah Islam lebih dahulu begitu. Bukankah Rasulullah mengajar tiada perbezaan darjat antara manusia melainkan dengan keimanannya? Bertambah segan, masuk kerja pukul 8pagi, 7.40 pagi dengan bos2 dah sampai. Penuh pejabat sehingga terasa diri bagai terlambat. Balik 5.30petang. Sibuk mengemas beg, orang-orang di tepi termasuk En. Saiful masih tak berganjak.

Masa terus berlalu. InsyaAllah moga corentan masa depan lebih bermakna.Ringkasan kehidupan practical:
25/6/12:Pendaftaran, masuk jabatan, dapat ,lab coat, safety booth dan kad pekerja. Lawatan singkat ke plant.
26/6/12:Penerangan ringkas projek. 
27/6/12: Persiapan slide presentation.
28/6/12: Kedatang pensyarah-pensyrah UTeM. Bincang dengan pensyrah berkenaan project.
29/6/12: Lawatn ke PHN USJ. Ambil gambar untuk sample defects, melawatan receiving office, mempelari aliran proses blanking. berkenalan dengan staf PHN USJ dan pegawai bilik engineering.


Moga hari esok lebih baik dari hari ini.
Tuesday, 19 June 2012 0 comments

Aku Insan Kerdil


Allahurobbi..Pagi ini, tatkala terbaca status entah siapa di FB yang berbunyi "Hairie Othman dapat sijil memfitnah dari PAS" hati dibisikkan sesuatu. Terus teringat retetan-retetan perubahan yang berlaku dalam dunia ini. 


Makin ramai artis yang kembali kepada Allah. Irma Hasmie sudah bertudung, Yatt, dan Abby Abadi. Astaghfirullah..Kerdil rasanya diri ini. Andai nama-nama besar, ramai peminat , berwajah jelita , berharta , mulai rasa diri adalah hamba. Tiada ragu menolak tawaran lakonan beribu-ribu dan menutupi rambut yang indah menawan demi redha Allah. Kenapa kita, yang tiada apa-apa begitu sombong? Angkuh melanggar syariat . Rambut tidaklah seindah mana, rupa tiadalah secantik mana, harta tidaklah melimpah ruah, namun masih segan-segan untuk menutup aurat.Nauzubillah min zalik.

Teringat kata-kata seorang sahabat ," Allah tidak perlukan kita, kita yang perlukan Allah. Islam tidak perlukan kita, kita yang perlukan Islam."

Allahurobbi..

Tajam menusuk. Dikala kita masih berkira-kira waktu untuk beribadat, berlengah-lengah untuk solat, berkedekut-kedekut untuk bersedekah, berbolak-balik untuk berbuat baik,rupanya kita sudah terlupa. Pemilik waktu itu Allah, pemegang nyawa itu adalah Allah, pemberi rezeki itu adalah Allah, namun kita masih berkira-kira untuk taat kepada Allah.Astaghfirullah, bukankah kita ibarat tuan rumah dan penyewa. Tuan rumah dah bagi tinggal free,fully furnished siap pakej makan,segala free kita pula kurang sedar diri. Sudahlah dikotorkan rumah, tuan rumah jemput datang jumpa , ditolak, siap demand macam-macam kemudahan lagi. Mahu apa lagi?

Ayuh kita berubah. Dikala badai exam menggila, berhentilah seketika untuk solat.Dikala ditanya sahabat atau ditanya hint (tips dari pensyarah untuk exam), murahkan hati untuk berkongsi. Tatkala bersemangat mencedok ilmu, bisikkan pada diri, "Aku belajar keranaMu , Ya Allah", mulailah dengan sepotong doa walau sependek Bismillah, akhirilah dengan Alhamdulillah. Tatkala berhari-hari belajar, siap lunyai dan direbus buku untuk diminum airnya, sematkan dalam diri itu usaha kita, namun Allah menentukan. Sewaktu tekun ber "study group"  tutuplah aurat (orang lebih fokus belajar ) , batasilah pergaulan , sederhanakanlah gurauan. Tak mahu ikut? Jom dengar amaran Allah.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran:


 Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[27]

Kalau degil lagi tak nak ikut macam mana? Ingatlah Allah tak hairan sedikit pun dengan kita, dengan ibadat kita.Tak kurang sedikit pun kekuasaan Allah andai kita tidak taat padaNya.Dah tu siapa rugi? Tepuk dada tanya iman. Ketahuilah , Allah mampu mengambil nyawa kita, sekelip mata sahaja.Jom kita bawa-bawa diri kembali kepadaNya.


 
;