Friday, 23 March 2012 0 comments

Kala Kebisuan Datang Bertandang.


Astaghfirullah, Allahuakbar..
Sungguh kebisuan itu bisa menimbulkan seribu tanda tanya yang bisa menggugah sebuah ikatan; ikatan persaudaraan, persahabatan , dan kasih sayang.

Insyirah memandang sepi sejadah yang terhampar di hadapan. Rona-rona duka mulai mewarnai kanvas kehidupannya.

Allah..Allah..Allah..

Lidahnya lembut mengalun.Gumpalan bongkah yang memberat di sudut hatinya tidak terungkap dengan kata-kata lalu membutirkan butiran mutiara. Menitik-nitik butiran jernih di atas telekungnya.

Allah. Apakah yang mengusutkan hatinya ini.

"Kau tak mampu Insyirah. Segalanya terlampau berat untuk kau menanggung. Lepaskan sahaja Insyirah."Bisikan halus itu seakan mahu menelan jiwanya yang sedang cuba memancarkan sinar kasih anugerah Ilahi kepada semua.

Allah.Astaghfirullah. Hatinya merintih pedih.

Kebisuan itu bisa membunuh sekeping jiwa!

Namun selemah itukah jiwanya. Diinjak, dipersenda malah diperdaya oleh nafsu serta hasutan syaitan.

"Apa yang berat wahai hati.Tiada apa menyakiti dirimu , melainkan kau yang menyakiti diri sendiri. Ingatlah pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!” ."

Ya mujadah itu baru sahaja bermula.









Wednesday, 15 February 2012 2 comments

Musafir di bumi UK


Musafir Masa:Liverpool(Albert Dock, The Beatles, Maritime Museum,Museum of Liverpool, Liverpool University)->Chester(designer outlet)->Wales(looking for Thomas the train) ->Manchester (eye on Manchester)->coming soon(Oxford University, Cardiff and Southampton, insya-Allah).

"Alhamdulillah. Subhanallah. Besarnya nikmatMu ya Allah."

Hanya itu yang mampu diungkapkan olehnya tatkala melihat catatan pendek perjalanannya di bumi UK. Subhanallah. Tak pernah dibayangnya dia diberi nikmat ini. Pernah satu ketika, dirinya berangan-angan ingin belajar di bumi empat musim, ataupun di bumi Anbiya' , Mesir. Namun Rabbnya belum mengizinkannya. Belum tiba masanya.Mengenang perjalanan lalu, serta kesilapan-kesilapan lalu, membuatkan dia malu sendiri. 

Allah akan memberikan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.Akan dihadirkanNya pelangi selepas hujan, akan membesarnya rerama dari seekor beluncas.

Indah. Begitu lembut sekali tarbiah Rabbnya. DiberikanNya kesukaran sebelum bertemu kesenangan agar menjadi panduan yang akan datang.

 Ya Allah, ku mohon padaMu, moga nikmat yang melimpah ini merupakan tanda rahmatMu , supaya aku lebih mendekati diriMu. Jauhkanlah aku dari istidraj ya Allah." 







Wednesday, 25 January 2012 0 comments

Mode Tesis: Teruskan atau Menyerah?








Otaknya tepu. Jiwanya memberontak. Thesis ini perlu disiapkan. Benih-benih putus asa bercampur tekanan mula bercambah di hujung jiwanya. Global Production and Sourcing (GPS) menguji jiwa kehambaan dalam dirinya. Subjek master yang beraura business ini membuka jalan buat si syaitan untuk menggoda nafsu mazmumah yang terpendam di sudut hatinya.


"Susah weh, subjek master ni. Kau budak degree, final year projek pun tak buat lagi, mane mampu buat benda ni. Dah le ko xbelajar kot.Tarik diri je. Senang cerita." 

Astaghfirullah.

Senang cerita? Sedikit kesilapan dan kealpaan akan membuatkan dia merana di masa hadapan. Tiba-tiba matanya menangkap sebaris ayat dari terjemahan surah Lukman,

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
(31:22)
Benar.

Terkedu dia sebentar. Allahuakbar.


"Rileks je, xperlu susah-susah sangat. Buat apa kau penat-penat dan kisah benda ni. Orang lain selambe je bersuka ria." 

Ini memang bertekad sungguh. Bukan setakat cuba melemahkan jiwanya, malah cuba menerbitkan sifat buruk sangka pada teman sekumpulan. Nauzubillah min zalik. Bukankah Islam mengajar umatnya supaya berbaik sangka malah dianjurkan supaya kita mencari 40 alasan untuk bersangka baik pada sahabat kita sebelum kita buta-buta berburuk sangka. 

Lemahnya dia. Nafsunya masih boleh dicucuk-cucuk dengan  jarum  mazmumah.Ternyata kembara jiwanya masih panjang. Kembara mencari nafsu mutmainnah. Kembara yang memerlukan jihad. Kembara yang mencari jiwa yang tenang.

Wallahualam.








0 comments

Bila Result Menyuramkan Kehidupan

Suhu sejuk mencecah 1 degree celcius. Telinga disumbat dengan earphone yang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.Ditatap dalam-dalam jurnal-jurnal elektronik di hadapannya dalam-dalam. Kadangkala nafasnya dihembus berat.

Keputusan Engineers in Society yang baru nampaknya tidak begitu memberansangkan.Alhamdulillah. Kenapa? Sengaja mengubah kebiasaan. Sudah lama dirinya mengucapkan syukur tika gembira, namun jarang-jarang sekali dia mampu mengucapkan syukur dikala keadaan sebaliknya. Dahulu, sewaktu zaman asasi, dirinya diketuk dengan sebuah nasihat yang disampaikan dalam bentuk dua situasi.

Pelajar A: 8A 1B?Sikit lagi je ni nak dapat semua A. Tula aku main-main lagi
Pelajar B: 4A 4B? Alhamdulillah. Aku kena sujud syukur.

Antara pelajar A ataupun B, yang manakah yang lebih baik akhlaknya? Yang manakah pilihan kita?Teringat tazkirah ringkas yang berkesan dari sahabatnya.




 A glass can be half full or half empty. It's just a matter of how we see things. And if we see it from His view point, everything happens for the sake of us, for our benefits, we just have to look hard enough.

Its just a matter how we see things.

Lantas dia mencapai konklusinya sendiri. Pelajar A bukan bersikap negatif, tapi punya daya saing yang tinggi. Oleh kerana itu dia tidak berpuas hati. Pelajar B pula, dia bersyukur dan cepat berpuas hati.


Rasulullah SAW., bersabda, "Sungguh aneh kondisi seorang Mukmin; sesungguhnya semua kondisinya adalah baik, jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur; maka itu adalah baik baginya. Dan bila ia ditimpa hal yang tidak menguntungkannya (kemudlaratan), ia bersabar; maka itu adalah baik (pula) baginya." (HR.Muslim) 


Tersenyum dia sendiri. Dia mahu menjadi Pelajar C. Berdaya saing dan dalam masa yang sama bersyukur.



A028



"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,tenang tenteramlah hati manusia.

 
;