Aku terdiam.Kelu. Kata-kata makcik di
depanku membuatkan aku berfikir berkali-kali. Kata-katanya bermain dalam
mindaku.
"Umat Islam seluruh dunia
insyaAllah dah doa, Mekah, Madinah mesti doa, negara-negara Islam lain mesti banyak lag. Ulama-ulama yang doa tu, ulama besar.Tapi kenapa doa itu masih belum diangkat? Kenapa saban hari ada sahaja yang
terbunuh, berpuluh-puluh tahun, makin hari makin teruk? Cukupkah kita menghantar ubat untuk mengubati tangan yang
kudung?Cukupkah kita menghantar makanan kepada mereka yang menderita ditembak
segenap badannya? Makan keluar jadi najis, itu sahaja. Paling makcik sakit hati dengar orang sembang kedai kopi,
"Kisah Palestin memang ada dalam al-Quran, memang nasib dia berperang. "
Memanglah al-Quran kata macam tu, tapi mana boleh ambil yang tersurat. Belajar dulu, tuntut ilmu, tanya orang alim maknanya."
Astaghfirullah. Batinku menjerit erti sebuah kebenaran. Malu sendiri aku sebagai MAHASISWI. Benar, Rasulullah, para sahabat, adakah
Rasulullah hanya berdoa dan mengerahkan sahabat menghantar bantuan makanan
ketika Islam dicerca dihina?Adakah Sultan Umar Abdul Aziz hanya berpeluk tubuh
tatkala kezaliman menjalar di negara Islam?Adakah Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan rakyatnya hanya berdoa ketika hendak menawan Kota Constantinople? Bukankah ketika Rom menghina Islam,
Khalid al-Walid dihantar untuk menggempur(ada tunjuk perasaan ke?Action speak louder man). Bukankah
Sultan Mohamad al-Fateh, melatih tenteranya, lalu memilih sebilangan tentera
terbaik dari tenteranya, yang menjaga qiamulail, menjaga solat fardhu dan rajin
berpuasa sebagai tenteranya, dilatih 40 hari dalam sebuah pulau dengan latihan
kerohanian dan ketenteraan, sehinggakan tentera Rom tercengang hairan, melihat
tentera Islam yang hebat, siang berperang malam masih berjaga malam, beribadat
, bagaikan tidak pernah rehat. Tercengang mereka, memikirkan bila waktu sesuai
untuk menyerang.
Novel-novel Sejarah Islam |
Tertipu lagi rupanya kita. Dipisahkan melalui
sempadan negara, sehingga menidakkan mereka yang terbunuh itu saudara kita.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu
oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar
mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku
disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “Bahkan
ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari
seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa
gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”.
Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab
Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”
Allahuakbar! Akidah dan Perjuangan. Kerana akidah, Palestin masih berjuang.Kerana mereka yakin janji Allah, syahid mempertahankan agama dan negara, syurga balasannya.Namun dimanakah kita kini? Masih seperti katak dalam balang kaca, beralaskan api? Masih bergelut dengan dengan akidah sendiri?
Tepuk dada tanya iman. Kita tidak mampu sendiri. Pemerintah juga begitu. Sultan Muhammad al-Fateh ingin menawan Kota Constantinople, beliau berpegang dengan hadith nabi "“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)".
Tepuk dada tanya iman. Kita tidak mampu sendiri. Pemerintah juga begitu. Sultan Muhammad al-Fateh ingin menawan Kota Constantinople, beliau berpegang dengan hadith nabi "“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)".
Novel Sultan Muhammad al-Fateh yang membuatkan kita menjiwai perjuangan Islam. |
Hadis riwayat Abu Daud