Bismillahirohmanirohim..
Jam digital di sudut kanan laptop menunjukkan 12.51 pagi. Sejenak merenung sebuah kehidupan yang baru seminggu berlalu. Sedar tak sedar, sekelip mata sahaja sudah praktikal. Bagai baru semalam rasanya bertungkus lumus untuk peperiksaan, tapi kini keputusan sudah terpapar. Itulah antara tanda-tanda akhir zaman, iaitu, apabila masa berlalu tersangatlah pantas. Satu nikmat itu telah diambil oleh Allah, nikmat masa.
Merenung retetan yang berlalu di bumi PHN, anak syarikat DRB-HICOM. Bersistemkan Jepun namun berjiwakan Islam, insyaAllah. Tersenyum sendiri bila mendengar En Adnan Kadir (Ketua Jabatan Keselamatan dan Persekitaran) dan En. Saiful (Ketua Jabatan Pengeluaran) memberi penerangan untuk projek kami di sini. Mafhum ucapan En. Kadir, seorang jurutera usia pertengahan yang segak dan tertib(pelik bin ajaib bila ku tahu dialah En. Adnan. Masakan tidak, pernah dipesan supaya kami jangan sesekali melangkah ke plant tanpa safety booth, melainkan mahu mendengar bagai suara guruh membelah langit En. Adnan.) Kata En. Adnan, dia tidak mahukan apa-apa hasil projek yang terhasil, namun apa yang dibayangkan adalah ciptaan dia boleh digunakan generasi akan datang. Bak kata En. Saiful ni, seronokbekerja , semuanya berpahala.
Layout atau susunan di tempat kerja lebih mengagumkan. Dari Pengurus, Ketua Jabatan, Kerani sampailah kami si Pelatih atau glamournya, Trainee dalam sebuah bilik operasi. Memang sah-sah bos tak boleh tidur, apatah lagi kami pelatih tak sampai seminggu. Tiada dinding yang membatasi. Perbualan bos mengenai masalah production terus tahu on the spot xperlu tunggu meeting. Malah, bagaikan tiada beza pangkat yang memisahkan. Mesra bagai sekeluarga. Biarpun katanya itu budaya Jepun, cara kerja Jepun, insyaAllah Islam lebih dahulu begitu. Bukankah Rasulullah mengajar tiada perbezaan darjat antara manusia melainkan dengan keimanannya? Bertambah segan, masuk kerja pukul 8pagi, 7.40 pagi dengan bos2 dah sampai. Penuh pejabat sehingga terasa diri bagai terlambat. Balik 5.30petang. Sibuk mengemas beg, orang-orang di tepi termasuk En. Saiful masih tak berganjak.
Masa terus berlalu. InsyaAllah moga corentan masa depan lebih bermakna.Ringkasan kehidupan practical:
25/6/12:Pendaftaran, masuk jabatan, dapat ,lab coat, safety booth dan kad pekerja. Lawatan singkat ke plant.
26/6/12:Penerangan ringkas projek.
27/6/12: Persiapan slide presentation.
28/6/12: Kedatang pensyarah-pensyrah UTeM. Bincang dengan pensyrah berkenaan project.
29/6/12: Lawatn ke PHN USJ. Ambil gambar untuk sample defects, melawatan receiving office, mempelari aliran proses blanking. berkenalan dengan staf PHN USJ dan pegawai bilik engineering.
Moga hari esok lebih baik dari hari ini.
No comments:
Post a Comment