Wednesday 25 January 2012 0 comments

Mode Tesis: Teruskan atau Menyerah?








Otaknya tepu. Jiwanya memberontak. Thesis ini perlu disiapkan. Benih-benih putus asa bercampur tekanan mula bercambah di hujung jiwanya. Global Production and Sourcing (GPS) menguji jiwa kehambaan dalam dirinya. Subjek master yang beraura business ini membuka jalan buat si syaitan untuk menggoda nafsu mazmumah yang terpendam di sudut hatinya.


"Susah weh, subjek master ni. Kau budak degree, final year projek pun tak buat lagi, mane mampu buat benda ni. Dah le ko xbelajar kot.Tarik diri je. Senang cerita." 

Astaghfirullah.

Senang cerita? Sedikit kesilapan dan kealpaan akan membuatkan dia merana di masa hadapan. Tiba-tiba matanya menangkap sebaris ayat dari terjemahan surah Lukman,

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
(31:22)
Benar.

Terkedu dia sebentar. Allahuakbar.


"Rileks je, xperlu susah-susah sangat. Buat apa kau penat-penat dan kisah benda ni. Orang lain selambe je bersuka ria." 

Ini memang bertekad sungguh. Bukan setakat cuba melemahkan jiwanya, malah cuba menerbitkan sifat buruk sangka pada teman sekumpulan. Nauzubillah min zalik. Bukankah Islam mengajar umatnya supaya berbaik sangka malah dianjurkan supaya kita mencari 40 alasan untuk bersangka baik pada sahabat kita sebelum kita buta-buta berburuk sangka. 

Lemahnya dia. Nafsunya masih boleh dicucuk-cucuk dengan  jarum  mazmumah.Ternyata kembara jiwanya masih panjang. Kembara mencari nafsu mutmainnah. Kembara yang memerlukan jihad. Kembara yang mencari jiwa yang tenang.

Wallahualam.








0 comments

Bila Result Menyuramkan Kehidupan

Suhu sejuk mencecah 1 degree celcius. Telinga disumbat dengan earphone yang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.Ditatap dalam-dalam jurnal-jurnal elektronik di hadapannya dalam-dalam. Kadangkala nafasnya dihembus berat.

Keputusan Engineers in Society yang baru nampaknya tidak begitu memberansangkan.Alhamdulillah. Kenapa? Sengaja mengubah kebiasaan. Sudah lama dirinya mengucapkan syukur tika gembira, namun jarang-jarang sekali dia mampu mengucapkan syukur dikala keadaan sebaliknya. Dahulu, sewaktu zaman asasi, dirinya diketuk dengan sebuah nasihat yang disampaikan dalam bentuk dua situasi.

Pelajar A: 8A 1B?Sikit lagi je ni nak dapat semua A. Tula aku main-main lagi
Pelajar B: 4A 4B? Alhamdulillah. Aku kena sujud syukur.

Antara pelajar A ataupun B, yang manakah yang lebih baik akhlaknya? Yang manakah pilihan kita?Teringat tazkirah ringkas yang berkesan dari sahabatnya.




 A glass can be half full or half empty. It's just a matter of how we see things. And if we see it from His view point, everything happens for the sake of us, for our benefits, we just have to look hard enough.

Its just a matter how we see things.

Lantas dia mencapai konklusinya sendiri. Pelajar A bukan bersikap negatif, tapi punya daya saing yang tinggi. Oleh kerana itu dia tidak berpuas hati. Pelajar B pula, dia bersyukur dan cepat berpuas hati.


Rasulullah SAW., bersabda, "Sungguh aneh kondisi seorang Mukmin; sesungguhnya semua kondisinya adalah baik, jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur; maka itu adalah baik baginya. Dan bila ia ditimpa hal yang tidak menguntungkannya (kemudlaratan), ia bersabar; maka itu adalah baik (pula) baginya." (HR.Muslim) 


Tersenyum dia sendiri. Dia mahu menjadi Pelajar C. Berdaya saing dan dalam masa yang sama bersyukur.



A028



"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,tenang tenteramlah hati manusia.

0 comments

Macam Mana Kau Boleh Sampai Ke Jerman























           Night scenery at New Town Hall of Hannover(gambar ni dari internet je)

Dia tersenyum dalam diam. Persoalan yang diajukan temannya itu menjentik akal fikirannya.

"Kau cuba cerita. Kau best student dekat universiti kau ye. Tu yang kau dihantar ke Jerman" cungkil seorang temannya. 

Dia hanya mampu tersenyum pahit. Kenyataannya berlainan sekali dengan apa yang diungkapkan oleh temannya. Dia hanya seorang hamba Allah yang kerdil dan tidak lepas dari dosa. Manusia itu full time sinner . Itulah yang berkali-kali diulang oleh Naqibahnya dalam pertemuan-pertemuan yang lepas. Mujur sahaja Allah masih menutup aibnya. Walau tiada yang mengungkit, tapi hatinya masih menyalahkan diri atas ketidakmampuan memikul amanah di bumi UTeM dahulu.

Diingati kembali masa yang berlalu. Dia bukan yang terbaik, bahkan ramai lagi yang jauh lebih baik daripadanya Ramai yang berjaya mendapat pointer lebih tinggi, bahkan ade juga dari kenalannya yang hampir lengkap segala pencapaiannya berbanding dirinya. Dia bertemankan sahabat-sahabat serta rakan-rakan yang lebih baik darinya. Pernah dia merasakan, dia dikelilingi bidadari dunia, lengkap , bijak ,cantik, berketurunan dan beragama. Dia tahu, ada sahabatnya yang lebih layak untuk berada di tempatnya, namun dia melepaskan peluang itu kerana dia punya matlamat untuk dicapai di universiti kami. Ada teman yang layak untuk berada di sini, namun belum direzekikan Allah kerana ada kriteria-kriteria yang universiti terlepas pandang sehingga  keputusan akhir itu berubah.

Dia cuba menyimpulkan segala kisah yang lalu untuk menjadi jawapan konkrit pada persoalan temannya.

"Fakulti kita akan membuat pertukaran pelajar ke Jerman,"beritahu pensyarah dalam kelasnya. Ketika itu dia masih dalam tahun barangkali, dia tidak pasti. Syaratnya mesti perlu cemerlang. Dia diam sendiri. Memang itu impiannya selepas SPM dahulu. Namun, pointer dia bukanlah sebaik mana, di bawah 3.0 pada semester pertama sudah cukup menjawab persoalan bagi kelayakannya. Mus..namun pantas hatinya memangkas,

Bismillahi tawakaltu ala Allah.

Lembut hatinya berbisik. Ya, dia bertawakal kepada Allah, dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.Mustahil. Hampir-hampir sahaja dia mengungkapkan perkataan membunuh itu. Bukankah apa yang diungkap oleh hati itu berupa doa. Apa yang  berlaku dihadapan itu urusan Allah, yang penting dia berusaha. 

Masa terus berlalu, tanpa disedari kini dia di penghujung perjalanannya di bumi Eropah ini.

Buat temannya, sungguh, dia tidak layak berada di sini. Sungguh, dia berada di sini semata-mata kerana adanya rahmat dariNya yang mengizinkannya .Sehingga kini, kenyataan itu tidak pernah berubah. Bukanlah dia yang berada jauh di bumi Hitler ini lebih baik dari yang berada di bumi Hang Tuah. Bumi ini sungguh menguji sekeping hati insan terhadap dunia.


Ya Allah, semoga perjalanan ini membutirkan permata, bukannya kaca. Menukarkan pasir menjadi mutiara.

A026
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.





                                               

\












Tuesday 17 January 2012 0 comments

Pengalaman Beli Barang di NP

Hari ini ada perbincangan di Bibliothek. Usai sahaja tugasan, kakinya melangkah ke Hastestelle di hadapan Fachhoschule. Terpapar di skrin elektronik, waktu tren seterusnya, 2 minit lagi. Jarak dari rumah sewanya ke Fachhoschule hanya 1 stesen sahaja, kira-kira 3minit perjalanan menaiki tren. Di sini, tren dipanggil U-Bahn.

Melangkah turun dari tren , terus dia melintas jalan menuju ke arah NP, pasar raya berdekatan dengan rumah sewanya. Dilaluinya satu rak demi satu rak. Hasrat di hati dia ingin beli sebungkus wafel ataupun Gebaeck Mischung, biskut campuran. Kedua-duanya 0.99 Euro. Tapi seringkali dia membatalkan niatnya kerana tidak tahu yang mana satu ingin dibelinya. Ingin dibeli kedua-duanya seperti terlampau banyak.

Tiba-tiba matanya menangkap sebaris ayat, "Gebaek Mischung mit feinen Wafeln". 2 in 1. Nice. Alhamdulillah.

Moral of the story:One thing that we can learn from Europe market is they always faster than us to read the customer desire and then apply it into marketing strategy.

Ini belum lagi cerita yang kedai dibuka seawal-awal 7.00 pagi(di sini sekarang subuh pukul 6.22 -8.25 pagi)..Jadi boleh bayangkan x tahap kepagian yang berlaku. Sapaan mesra "Guten Tag" ketika ingin membayar dan "Am schoen Wochenende" sebelum berlalu pergi ditambah pula senyuman manis membuatkan diri tertanya-tanya, dimanakah kita?
Monday 16 January 2012 0 comments

Tatkala Tension Menghimpit: Allah Memandang Usaha

Astaghfirullahalazim...Subhanallah.. Seandainya menangis itu boleh menyelesaikan masalah, agaknya boleh banjir dunia dengan air mata. Sofea tersenyum sendiri. Baru sebentar tadi dia membaca artikel yang di"share" sahabatnya di Malaysia, "Why do woman cry". Susah juga kalau setiap benda nak menitis air mata, kan.

Sekali-sekala diundangnya senyuman dengan mendengar celoteh Ustaz Azhar Idrus(UAI). Syukur Alhamdulillah, dihadirkan seorang ustaz yang mampu menyampaikan ilmu sambil membawa aura ceria.

Tugasan di hadapan di pandang dalam-dalam. Syaitan sudah lama mencucuk-cucuk nafsunya untuk memberontak.  "Buat apa rajin-rajin, orang lain rileks je, belajar sikit, masuk banyak. Buat kerja sikit, dapat hasil sama." Ini dah kira psiko dah ni.

"Astaghfirullahalazim. Adei , kau salah la syaitan. Mana sama." Tingkah hatinya.

Tersenyum dia sendiri tatkala ditemuinya kata-kata cinta Rabbnya.

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

(surah Al-Zalzalah, 99:7)

Indahnya.


Tenang lagi mendamaikan. Bukankah Rabbku memandang usaha hambaNya, kerana hasil itu adalah urusanNya. Biarlah kurang bijak asalkan rajin, sebab Allah suka itu.Tambahan pula, setiap yang Allah beri itu, pasti ada hikmahnya. Genius bukan penentu kejayaan.=)..

Kata-kata Yasmin Moghayed dalam Facebook dan blognya menghadirkan nafas baru buatnya. Keinginan kepada sesuatu selalu mengaruskan kehidupan dan perasaan.=).Insya-Allah, dia ingin berubah.
Sunday 15 January 2012 0 comments

Kak Ros:Isteri Seorang Pemimpin


Astaghfirullahalzim..Alyff beristighfar panjang. Namun akalnya berputar-putar lebih panjang lagi. Kita harus sentiasa husnu zon, bisik hatinya. Akalnya cuba menyokong pendapat kata hatinya, "super imposed maybe"..bilang akalnya


Namun jari-jarinya menidakkan pula tindakannya. Pantas sahaja ia menekan butang "share" lalu menari-nari di hujung papan kekunci. Risau juga andai terfitnah atau ter"ghibah". Ghibah atau mengumpat(umpat=mengatakan sesuatu yang benar tetapi tidak disukai oleh orang yang dikata), manakala fitnah pula berkata yang tidak benar mengenai apa yang dikata. 



Persoalan ini membuatkan dia tergaru-garu kepala sendiri memikirkannya. Benarkah tidak suka dan tidak benar? Jika tidak suka dan tidak benar , pasti empunya badan bangun mempertahankan diri, tatkala maruahnya sebagai isteri dan wanita diperkotak-katikkan. Di "google search"nya lalu ditemuinya enam perkara yang dibolehkan ghibah:


1. Mengadukan kezaliman orang kepada hakim, raja atau siapa saja yang mempunyai wewenang dan kemampuan untuk menolongnya. 



2. Meminta bantuan orang demi mengubah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat agar kembali kepada kebenaran. 


3. Meminta fatwa. Seperti dengan mengatakan kepada seorang mufti (ahli fatwa): “Ayahku menganiayaku.” atau “Saudaraku telah menzalimiku.” Atau “Suamiku telah menzalimiku.” Meskipun tindakan yang lebih baik dan berhati-hati ialah dengan mengatakan: “Bagaimana pendapat anda terhadap orang yang melakukan perbuatan demikian dan demikian (tanpa menyebut namanya)?”

4. Memperingatkan kaum muslimin dari kejelekan sebagian orang dan dalam rangka menasihati mereka. 

5. Menyebutkan kejelekan pelaku maksiat yang berterang-terangan dalam melakukan dosa atau bid’ahnya.

6. Untuk memperkenalkan jati diri orang. 

(lihat Riyadhush Shalihin, dicetak bersama Syarah Syaikh Utsaimin, 4/98-99. penerbit Darul Bashirah)

Jadi di manakah dia kini?Nombor lima kah?

"Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]


Bingung dirinya memikirkan apakah yang harus dilakukan.Aib itu harus ditutup, namun bagaimana andai empunya diri tidak mahu menutupnya? Terkenang dia pada kisah Fasha Sandha. Memang seriau dia memikirkan bagaimana gambar ditepi pantai sebegitu boleh disebarkan?Memang mengundang kutukan, namun tidak lama, kerana rakyat Malaysia pemaaf orangnya. Kalau dahulu artis lelaki  digam RTM kerana berambut panjang, kini tiada pula stesen TV yang sudi meng'gam' artis-artis begini dek kerana masih diminati. Dikenang-kenang, berkongsi saham dosakah kita andai si pelaku masih tak insaf kerana kita masih tak memberikan pengajaran berharga buat mereka. Jika Ning Baizura boleh menyepi seketika muhasabah diri tatkala dihentam hebat dan dipinggirkan dahulu, gara-gara pulut santan binasa, insya-Allah artis lain juga boleh bermuhasabah, andai kita bijak bertindak. Lantas, tepuk kepala, tanyalah akal, tepuk dada, tanyalah iman.





Friday 13 January 2012 0 comments

Kisah Budak Uni Gelabah Lepas Exam

Dia menggelabah tiba-tiba. Dah lebih 6 jam peperiksaannya berlalu barulah dia terasa menggelabah. Dia ingat jawapannya, namun dia tidak tahu yang manakah yang paling tepat dan sesuai ditulisnya.. Peperiksaan di sini , bukan seperti di Malaysia, jawapan yang tepat dan jelas diperlukan. Teringat cerita temannya, dahulu mereka pernah menjawab soalan Mathematics, but the only thing that they need to write only the answers. Bayangkan 100% markah final exam, dan hanya perlu jawapan sahaja..Pinar-pinar matanya membayangkannya..


Perlahan-lahan sudut jiwanya berbisik, "Bismillahi tawakaltu ala Allah"..Ya Allah aku bertawakal kepada mu. Dan tidaklah kami tahu melainkan dengan apa yang Engkau ajarkan. 

DUIT=doa+usaha+ilmu+tawakal. Phase tawakal sekarang..=)
Thursday 12 January 2012 0 comments

Seorang Puteri

"Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya."

Barisan ayat di note tulisan Wardina itu mengundang senyuman perit di bibirku. Persoalan demi persoalan bermain di fikirannya. Melihat dunia di luar merenung diri sendiri. Mungkin persoalan yang sama bisa menjengah mana-mana gadis, adakah lelaki yang sudi mempertahankan maruah ini suatu hari nanti.

Tak teringat di mana dia terbaca bait ayat, si gadis solehah lelaki akan berebut untuk menjadikannya isteri, tetapi gadis yang kurang berebut-rebut lelaki mempermainkannya.

Benarkah begitu dunia? Bukankah lelaki itu harus sentiasa melindungi wanita ?Dia tidak mengerti, yang pasti Allah lebih mengetahui, rahsia yang tersirat.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


(24:26)

Surah An-Nur.


Jauh di sudut fikirannya, menari-nari sebuah fikiran yang tidak mampu disingkir. Bagaimana akan hadir seorang yang putera yang sudi mempertahankan maruah seorang wanita, andai tiada wanita laksana puteri yang menjaga diri?


“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung”

Itu kata seorang lelaki bernama Ikhwan, lelaki yang beragama, yang ingin melindungi maruah isterinya bernama Wardina. Namun bagaimana pula kita ?

“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung”.

Andai tiba masa putera itu hadir ingin melindungi, mampukah putera itu menuturkan ini, sedangkan diri tidak punya apa-apa untuk dipertahankan. Tudung?Badan? Jangan sentuh? Nauzubillah min zalik.

Akhirnya dia mencapai satu kesimpulan, untuk dijaga dia harus menjaga, untuk dipertahan, dia harus mempertahankan terlebih dahulu, untuk dirinya dihargai, dia harus tahu harga dirinya. Namun semuanya bukan demi sekeping hati seorang putera, namun demi mencari redha Ilahi. Wallahualam.


0 comments

Bila Waktunya Mula Memanggil

Bangun-bangun Alyff tersentak sendiri. Handphone di tangan direnung dalam. Innalilalhiwainnailaihirojiun.. Spontan bibirnya menuturkannya. DariNya kami datang dan kepadaNya kami kembali. Nilson, kenalan Jerman yang mengikuti pertukaran pelajar FHH-UTeM telah pergi. Khabar terakhir yang disampaikan oleh temanku di Malaysia, keadaanNya kritikal. Astaghfirullahalzim.Dia terdiam sendiri .Lama. Namun dia tidak tahu apakah yang boleh dia lakukan untuknya.

Ingatanku berputar kepada kenangan beberapa minggu yang lalu. Sewaktu Kak Dila, sahabat sekelasnya di UTeM kemalangan. Dia terdiam juga. Ya Allah, apakah rahsia yang Kau simpan dan takdirkan pada 2011 dan 2012 ini ya Allah. Seakan badai ujian sedia melanda kehidupan. Betapa dia tersentap, dan terkenang, gadis manis yang begitu ikhlas dalam sebuah persahabatan. Ceria, aktif dan bersemangat. Kemalangannya dirasai oleh teman-temannya yang lain. Kemalangannya menyentak lalu memanggil rakan-rakan yang mengenali untuk menyisipkan doa serta solat hajat buatnya. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Allah masih mahu meminjamkan seorang gadis yang bernama Siti Nor Adilah Rahman ini kepada kami.

2011 dan 2012 menyaksikan seorang demi seorang, dari sekadar kenalan hinggalah insan tersayang menyahut panggilanNya. Firman kekasihnya dalam kitab cintaNya yang bermaksud,

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(surah al-Anbiya' ayat 35)

Dia merenung diri, mencermin hati. Adakah ini petanda Ilahi. DiperingatkanNya dirinya tentang kematian kerana tidak mahu dia hanyut dalam angan-angan dunia. Benar, angan-angan dunianya makin panjang. Nikmatnya yang banyak mula membuatkan dia berangan-angan dan bercita-cita tinggi, namun amalnya entah dimana. Bagaimanakah akhirnya dia nanti, husnul khotimah atau su'ul khotimah. Bagaimanakah andai dia pergi dalam keadaan yang buruk.

Ya Allah, jadi bagaimanakah ini. Bagaimanakah dia bisa kembali. Lima perkara sebelum lima perkara. Bisik hatinya.

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati"

(Hadis riwayat Imam Ahmad.)

Dia kini muda, punya sedikit harta, lapang, sihat dan masih hidup. Lengkap segala nikmat. Apakah harus dilakukannya sebelum waktu mula memanggil? Harta dan masa.

Firman Allah dalam surah Al-Munafiqun,

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “(10).

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.(11)

Mengenai masa, Allah berfirman dalam surah Al-'Asr,

Demi Masa!(1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -(2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3).

Wallahualam
Tuesday 10 January 2012 0 comments

Aku Seorang Anti-Politik

           Demam peperiksaan sedang melanda. aku tertunduk-tunduk menulis nota di atas kertas. Production Planning and Factory Planning, antara subjek yang aku ambil sebagai transfer credit di bumi Jerman. Sambil menelaah, sesekali aku menjenguk ruangan Facebook, kalau-kalau ada komen-komen yang menarik perhatian. Baru petang tadi aku bertanya khabar dengan sahabat di Malaysia. Malam semalam, buat pertama kalinya aku mendengar ucapan DSAI. Bahang perhimpunan 901  menarik perhatian ku untuk berkenalan sendiri dengan DSAI. Entah mengapa aku tertarik untuk mengetahui bagaimanakah DSAI ini, sedangkan sebelum ini aku muak walau sekadar membaca coretan berita yang sama tidak sudah-sudah.

      Malam itu, ceramah Youtube Ustaz Azhar diganti sebentar dengan ucapan DSAI. Bait-bait demi bait ucapannya aku dengari. NICE!  Agak berbeza dengan ceramah politik yang biasa aku dengar, sejak di bangku sekolah. Di bangku sekolah, aku menjadi anti-politik. Aku ingin jauh dari dunia politik yang penuh dusta dan penipuan kataku. Masakan tidak, bila gelombang PRU muncul sahaja, berbakul-bakul kata-kata nista pelbagai pihak bercampur fitnah dah ghibah keluar. Tepu mindaku. Tak bolehkah kalau nak berkempen tak memburukkan satu sama lain? Tambah-tambah pula, aku pernah menjadi "mangsa" (bak kataku) dipergunakan oleh ahli politik tempatan untuk menambahcantikkan ucapannya di sekolah ku. Aku tahu apa yang dikatakannya itu dusta, tapi aku kelu untuk membantah, kerana aku keliru dengan pendekatan berhikmah yang sepatutnya. Atas dasar tidak mahu menjatuhkan maruah pemimpin, ku diamakan sahaja. Namun, hatiku memberontak tindakannya. Namun apakan dayaku. Tumpuanku pada SPM sedikit terganggu dek menjadi "bahan berkempen" di U**M suatu ketika dahulu. Perlahan-lahan jiwaku membenci politik.

Namun seiring masa berlalu, perlahan-lahan mindaku dibuka mungkin. Aku tidak pasti benar atau tidak, namun aku dahulu jenis yang suka membaca dan berfikir. Bezanya dahulu santapan mindaku adalah akhbar-akhbar harian yang biasa, bukannya blog mahupun sumber internet yang lain. Malam semalam, aku mendengar ucapan DSAI. I can't believe it. He spoke my idea out. =), maksudku, ku setuju dengan pendirian dirinya. Keadilan. Aku mungkin tidak memahami keseluruhan agendanya namun untuk itu aku bersetuju. Bantuan kewangan harus diberikan kepada yang layak dan wajar. Namun "layak" itu sendiri berbeza mengikut individu. Bagi diriku aku lebih suka "adil dan layak ' itu bersama. Kerana adil itu dalam Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya. Layak+Adil= akademik yang baik, sahsiah terpuji+ adil(apabila biasiswa diberi kepada mereka yang kurang kemampuan dalam kewangan, golongan msiskin dan sederhana). bagaimana mahu adil?Pada pandanganku, biasiswa diberi mengikut pakej (sebagaimana PTPTN memberi pinjaman mengikut gaji penjaga).

Terkagum juga aku bila mendengar ucapannya mengenai bagaimana dia pernah dilambung pujian meninggi, kemudian dikeji sehina-hinanya. Katanya " Saya pernah makan di semua istana dalam negara, dan saya juga pernah makan makanan yang hina, dibaling di atas lantai"(lebih kurang macam ni la ayat dia). Teringat aku akan firman cinta Allah yang bermaksud,

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Sudah jadi pengikut DSAI pulakah aku? Entah lah. Namun, bagiku sudah lumrah kehidupan, akan mencintai kebaikan. Keadilan itu adalah antara sifat yang mulia bukan. Didikan demi didikan, Alhamdulillah membuka mataku tentang sirah Rasulullah yang tidak kelihatan. Politik wadah dakwah. Bagaimana Rasulullah menjadikan kota suram Madinah menjadi Munawwarah, yang bermaksud cahaya. Melalui pendidikan akidah seterusnya politik; penguatkuasaan undang-undang Islam , hubungan diplomatik dan sebagainya. Perlahan-lahan politik itu menjadi murni semurni tujuan asalnya, sebelum dikotori oleh sifat hasad manusia. Dunia Barat yang maju, punya kelompongan , gara-gara hanya berpaksikan akal. Sekularisme, liberalisme dan isme lain yang bercambah dari kesingkatan akal manusia , ternyata bukan jawapan terbaik. Maju namun hancur akhlaknya. Betapa ramai manusia yang berpaksikan akal, akhirnya kecewa. Kecewa kerana kepercayaan dan perjuangan berlandaskan pandangan mata dan akal fikiran.Lantas ku teringat penawar terbaik yang Rasulullah bawakan, wahyu dari Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana,iaitu Islam. ada enam ciri khusus Islam tidak silapku yang menjadi landasan untuk memilih pimpinan negara. Sungguh aku adalah manusia yang dhaif dan lemah! Astaghfirullah..insyaAllah akan ku kongsikan enam ciri khusus itu di masa yang lain. Semoga ia dapat menjadi pedoman bersama dalam memilih pimpinan, bukan sekadar bersandarkan pandangan mahupun akal. Wallahualam.










Sunday 8 January 2012 0 comments

He or She is annoying me. What should I do? (?_?)

Persoalan: Apa yang harus dilakukan sekiranya ada rakan/ shbt yanng sikap nya boleh menganggu ukhwah?
JAwapan:

Hadith ke 13 daripada hadith 40 Imam Nawawi yang bermaksud,

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu pembantu Rasulullah saw dari Rasulullah saw baginda bersabda: Tidak beriman seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Yg pentingnya adalah pertama2 nya hadis di atas.
Sekiranya ada kelakuan shbt2 yg kita rasa blh ganggu ukhuwwah, kite bolehlah"

 1.sabar dan jgn cpt melenting

2.btau diri kita shbt kita ni juga adalah manusia, dan pastinya bukan malaikat yg sifar dosa

 3.btau diri ntah2 byk juga keslhan diri kita yg kita xnmpk, tp shbt kita nmpk

4.sekiranya dia ada mengguris hati, maafkanlah shbt seperti mana kita juga mahu Allah maafkan dosa kita 

5.cari cari berhikmah yg sesuai utk ckp pd shbt tersebut 

6.doakan shbt tersebut Allah mudahkan bgnya utk ubah sikapnya

Wallahualam.

-Diambil dari nasihat Ukhti Alia-
0 comments

An Advice: A Guidance or An Order?

     What? You are watching movies during this time? Yeah, spending time on watching movies rather than doing work quite wasting time. Same story line and ending.Predictable. But, how about if we make it become beneficial for us, a chicken soup for thought. Knowledge is wide right. We can obtain it in various way; learning, reading. watching and observing(but most crucial is thinking.)

      "The Nanny Diaries" starring by Scarlett Johansson as Annie really remind me of myself. After she graduating from the high school, she wants to become an anthropology. Well, as usual that will happen, her mom expect her to do finance. Anthropology study human and their culture is neither as famous as a doctor or engineering nor money making job. She go to interview and she stuck on the initial phase. No, the question is not that tough, but surely it is worth to get stunt by answering it. Who are you? How you can tell other , or other will describe you?  That the first theme that I found out. 1. Self recognition . Have you experience of unsure of yourself? Wondering who you should be and why you should do it? That is happened to Annie, she just feel she is not born to finance, but she cannot tell her mom. 

       This might happen to some of us. Doing something because of our parent wish. Yeah, it is good obedient children, but in case we have internal self-conflict, hurry get a medication before we do something self[destruct. I have seen many rebel cases of teenagers end up with social problems. This phase happen when they believe parents just know to give an order rather than guidance. 

       Second theme is parenting sense.It starts when Annie save a boy,Grayer from an accident and she is misunderstanding as a nanny. She has been offered as a nanny for Grayer, the son of wealth couple.  Lies to her mom. she decided to nanny Grayer. For those who unable to put themselves in Grayer's shoes, they think Grayer just a spoil child. Acting rude, yelling and fighting other.But how you expect you will behave, when you have busy parents, who expect you to be smart by learning all of the time without having "life", and you even see your father scandal?  That will not happen in your life? Just take the points out. 

1. Busy parents, leaves child with lack of love
2. Educate children but not educated ourselves first.
3. Shaping their thought, not guiding their thought.

    Stressing the last point, shaping their thought, not guiding their thought. Reflect to our life and culture. Some parents are so directive in their children life; deciding what their children must do for their future.They have been thought with so many "No" -negative word in their childhood and taking advice from parents as totally must-do task without asking. In Malay culture, it is called rude when you interrupting old-groups discussion. In the schools, we are told which wrong and right, but not explaining why. As we grow up, there are many other must but unexplained matter we must do.Political is illegal for students and teachers, but, there is time when I am in Form Five, I has been send by school to political talk in U**M. I never thought why on that time. Maybe I should start to think why now.
 
;