Otaknya tepu. Jiwanya memberontak. Thesis ini perlu disiapkan. Benih-benih putus asa bercampur tekanan mula bercambah di hujung jiwanya. Global Production and Sourcing (GPS) menguji jiwa kehambaan dalam dirinya. Subjek master yang beraura business ini membuka jalan buat si syaitan untuk menggoda nafsu mazmumah yang terpendam di sudut hatinya.
"Susah weh, subjek master ni. Kau budak degree, final year projek pun tak buat lagi, mane mampu buat benda ni. Dah le ko xbelajar kot.Tarik diri je. Senang cerita."
Astaghfirullah.
Senang cerita? Sedikit kesilapan dan kealpaan akan membuatkan dia merana di masa hadapan. Tiba-tiba matanya menangkap sebaris ayat dari terjemahan surah Lukman,
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
(31:22)
Benar.
Terkedu dia sebentar. Allahuakbar.
"Rileks je, xperlu susah-susah sangat. Buat apa kau penat-penat dan kisah benda ni. Orang lain selambe je bersuka ria."
Ini memang bertekad sungguh. Bukan setakat cuba melemahkan jiwanya, malah cuba menerbitkan sifat buruk sangka pada teman sekumpulan. Nauzubillah min zalik. Bukankah Islam mengajar umatnya supaya berbaik sangka malah dianjurkan supaya kita mencari 40 alasan untuk bersangka baik pada sahabat kita sebelum kita buta-buta berburuk sangka.
Lemahnya dia. Nafsunya masih boleh dicucuk-cucuk dengan jarum mazmumah.Ternyata kembara jiwanya masih panjang. Kembara mencari nafsu mutmainnah. Kembara yang memerlukan jihad. Kembara yang mencari jiwa yang tenang.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment