Wednesday, 25 January 2012

Macam Mana Kau Boleh Sampai Ke Jerman























           Night scenery at New Town Hall of Hannover(gambar ni dari internet je)

Dia tersenyum dalam diam. Persoalan yang diajukan temannya itu menjentik akal fikirannya.

"Kau cuba cerita. Kau best student dekat universiti kau ye. Tu yang kau dihantar ke Jerman" cungkil seorang temannya. 

Dia hanya mampu tersenyum pahit. Kenyataannya berlainan sekali dengan apa yang diungkapkan oleh temannya. Dia hanya seorang hamba Allah yang kerdil dan tidak lepas dari dosa. Manusia itu full time sinner . Itulah yang berkali-kali diulang oleh Naqibahnya dalam pertemuan-pertemuan yang lepas. Mujur sahaja Allah masih menutup aibnya. Walau tiada yang mengungkit, tapi hatinya masih menyalahkan diri atas ketidakmampuan memikul amanah di bumi UTeM dahulu.

Diingati kembali masa yang berlalu. Dia bukan yang terbaik, bahkan ramai lagi yang jauh lebih baik daripadanya Ramai yang berjaya mendapat pointer lebih tinggi, bahkan ade juga dari kenalannya yang hampir lengkap segala pencapaiannya berbanding dirinya. Dia bertemankan sahabat-sahabat serta rakan-rakan yang lebih baik darinya. Pernah dia merasakan, dia dikelilingi bidadari dunia, lengkap , bijak ,cantik, berketurunan dan beragama. Dia tahu, ada sahabatnya yang lebih layak untuk berada di tempatnya, namun dia melepaskan peluang itu kerana dia punya matlamat untuk dicapai di universiti kami. Ada teman yang layak untuk berada di sini, namun belum direzekikan Allah kerana ada kriteria-kriteria yang universiti terlepas pandang sehingga  keputusan akhir itu berubah.

Dia cuba menyimpulkan segala kisah yang lalu untuk menjadi jawapan konkrit pada persoalan temannya.

"Fakulti kita akan membuat pertukaran pelajar ke Jerman,"beritahu pensyarah dalam kelasnya. Ketika itu dia masih dalam tahun barangkali, dia tidak pasti. Syaratnya mesti perlu cemerlang. Dia diam sendiri. Memang itu impiannya selepas SPM dahulu. Namun, pointer dia bukanlah sebaik mana, di bawah 3.0 pada semester pertama sudah cukup menjawab persoalan bagi kelayakannya. Mus..namun pantas hatinya memangkas,

Bismillahi tawakaltu ala Allah.

Lembut hatinya berbisik. Ya, dia bertawakal kepada Allah, dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.Mustahil. Hampir-hampir sahaja dia mengungkapkan perkataan membunuh itu. Bukankah apa yang diungkap oleh hati itu berupa doa. Apa yang  berlaku dihadapan itu urusan Allah, yang penting dia berusaha. 

Masa terus berlalu, tanpa disedari kini dia di penghujung perjalanannya di bumi Eropah ini.

Buat temannya, sungguh, dia tidak layak berada di sini. Sungguh, dia berada di sini semata-mata kerana adanya rahmat dariNya yang mengizinkannya .Sehingga kini, kenyataan itu tidak pernah berubah. Bukanlah dia yang berada jauh di bumi Hitler ini lebih baik dari yang berada di bumi Hang Tuah. Bumi ini sungguh menguji sekeping hati insan terhadap dunia.


Ya Allah, semoga perjalanan ini membutirkan permata, bukannya kaca. Menukarkan pasir menjadi mutiara.

A026
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.





                                               

\












No comments:

Post a Comment

 
;