Sunday, 15 January 2012

Kak Ros:Isteri Seorang Pemimpin


Astaghfirullahalzim..Alyff beristighfar panjang. Namun akalnya berputar-putar lebih panjang lagi. Kita harus sentiasa husnu zon, bisik hatinya. Akalnya cuba menyokong pendapat kata hatinya, "super imposed maybe"..bilang akalnya


Namun jari-jarinya menidakkan pula tindakannya. Pantas sahaja ia menekan butang "share" lalu menari-nari di hujung papan kekunci. Risau juga andai terfitnah atau ter"ghibah". Ghibah atau mengumpat(umpat=mengatakan sesuatu yang benar tetapi tidak disukai oleh orang yang dikata), manakala fitnah pula berkata yang tidak benar mengenai apa yang dikata. 



Persoalan ini membuatkan dia tergaru-garu kepala sendiri memikirkannya. Benarkah tidak suka dan tidak benar? Jika tidak suka dan tidak benar , pasti empunya badan bangun mempertahankan diri, tatkala maruahnya sebagai isteri dan wanita diperkotak-katikkan. Di "google search"nya lalu ditemuinya enam perkara yang dibolehkan ghibah:


1. Mengadukan kezaliman orang kepada hakim, raja atau siapa saja yang mempunyai wewenang dan kemampuan untuk menolongnya. 



2. Meminta bantuan orang demi mengubah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat agar kembali kepada kebenaran. 


3. Meminta fatwa. Seperti dengan mengatakan kepada seorang mufti (ahli fatwa): “Ayahku menganiayaku.” atau “Saudaraku telah menzalimiku.” Atau “Suamiku telah menzalimiku.” Meskipun tindakan yang lebih baik dan berhati-hati ialah dengan mengatakan: “Bagaimana pendapat anda terhadap orang yang melakukan perbuatan demikian dan demikian (tanpa menyebut namanya)?”

4. Memperingatkan kaum muslimin dari kejelekan sebagian orang dan dalam rangka menasihati mereka. 

5. Menyebutkan kejelekan pelaku maksiat yang berterang-terangan dalam melakukan dosa atau bid’ahnya.

6. Untuk memperkenalkan jati diri orang. 

(lihat Riyadhush Shalihin, dicetak bersama Syarah Syaikh Utsaimin, 4/98-99. penerbit Darul Bashirah)

Jadi di manakah dia kini?Nombor lima kah?

"Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]


Bingung dirinya memikirkan apakah yang harus dilakukan.Aib itu harus ditutup, namun bagaimana andai empunya diri tidak mahu menutupnya? Terkenang dia pada kisah Fasha Sandha. Memang seriau dia memikirkan bagaimana gambar ditepi pantai sebegitu boleh disebarkan?Memang mengundang kutukan, namun tidak lama, kerana rakyat Malaysia pemaaf orangnya. Kalau dahulu artis lelaki  digam RTM kerana berambut panjang, kini tiada pula stesen TV yang sudi meng'gam' artis-artis begini dek kerana masih diminati. Dikenang-kenang, berkongsi saham dosakah kita andai si pelaku masih tak insaf kerana kita masih tak memberikan pengajaran berharga buat mereka. Jika Ning Baizura boleh menyepi seketika muhasabah diri tatkala dihentam hebat dan dipinggirkan dahulu, gara-gara pulut santan binasa, insya-Allah artis lain juga boleh bermuhasabah, andai kita bijak bertindak. Lantas, tepuk kepala, tanyalah akal, tepuk dada, tanyalah iman.





No comments:

Post a Comment

 
;