Tuesday, 19 June 2012

Aku Insan Kerdil


Allahurobbi..Pagi ini, tatkala terbaca status entah siapa di FB yang berbunyi "Hairie Othman dapat sijil memfitnah dari PAS" hati dibisikkan sesuatu. Terus teringat retetan-retetan perubahan yang berlaku dalam dunia ini. 


Makin ramai artis yang kembali kepada Allah. Irma Hasmie sudah bertudung, Yatt, dan Abby Abadi. Astaghfirullah..Kerdil rasanya diri ini. Andai nama-nama besar, ramai peminat , berwajah jelita , berharta , mulai rasa diri adalah hamba. Tiada ragu menolak tawaran lakonan beribu-ribu dan menutupi rambut yang indah menawan demi redha Allah. Kenapa kita, yang tiada apa-apa begitu sombong? Angkuh melanggar syariat . Rambut tidaklah seindah mana, rupa tiadalah secantik mana, harta tidaklah melimpah ruah, namun masih segan-segan untuk menutup aurat.Nauzubillah min zalik.

Teringat kata-kata seorang sahabat ," Allah tidak perlukan kita, kita yang perlukan Allah. Islam tidak perlukan kita, kita yang perlukan Islam."

Allahurobbi..

Tajam menusuk. Dikala kita masih berkira-kira waktu untuk beribadat, berlengah-lengah untuk solat, berkedekut-kedekut untuk bersedekah, berbolak-balik untuk berbuat baik,rupanya kita sudah terlupa. Pemilik waktu itu Allah, pemegang nyawa itu adalah Allah, pemberi rezeki itu adalah Allah, namun kita masih berkira-kira untuk taat kepada Allah.Astaghfirullah, bukankah kita ibarat tuan rumah dan penyewa. Tuan rumah dah bagi tinggal free,fully furnished siap pakej makan,segala free kita pula kurang sedar diri. Sudahlah dikotorkan rumah, tuan rumah jemput datang jumpa , ditolak, siap demand macam-macam kemudahan lagi. Mahu apa lagi?

Ayuh kita berubah. Dikala badai exam menggila, berhentilah seketika untuk solat.Dikala ditanya sahabat atau ditanya hint (tips dari pensyarah untuk exam), murahkan hati untuk berkongsi. Tatkala bersemangat mencedok ilmu, bisikkan pada diri, "Aku belajar keranaMu , Ya Allah", mulailah dengan sepotong doa walau sependek Bismillah, akhirilah dengan Alhamdulillah. Tatkala berhari-hari belajar, siap lunyai dan direbus buku untuk diminum airnya, sematkan dalam diri itu usaha kita, namun Allah menentukan. Sewaktu tekun ber "study group"  tutuplah aurat (orang lebih fokus belajar ) , batasilah pergaulan , sederhanakanlah gurauan. Tak mahu ikut? Jom dengar amaran Allah.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran:


 Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[27]

Kalau degil lagi tak nak ikut macam mana? Ingatlah Allah tak hairan sedikit pun dengan kita, dengan ibadat kita.Tak kurang sedikit pun kekuasaan Allah andai kita tidak taat padaNya.Dah tu siapa rugi? Tepuk dada tanya iman. Ketahuilah , Allah mampu mengambil nyawa kita, sekelip mata sahaja.Jom kita bawa-bawa diri kembali kepadaNya.


No comments:

Post a Comment

 
;