Saturday 24 November 2012

Akidah dan Perjuangan



Aku terdiam.Kelu. Kata-kata makcik di depanku membuatkan aku berfikir berkali-kali. Kata-katanya bermain dalam mindaku. 

"Umat Islam seluruh dunia insyaAllah dah doa, Mekah, Madinah mesti doa, negara-negara Islam lain mesti banyak lag. Ulama-ulama yang doa tu, ulama besar.Tapi kenapa doa itu masih belum diangkat? Kenapa saban hari ada sahaja yang terbunuh, berpuluh-puluh tahun, makin hari makin teruk? Cukupkah kita menghantar ubat untuk mengubati tangan yang kudung?Cukupkah kita menghantar makanan kepada mereka yang menderita ditembak segenap badannya? Makan keluar jadi najis, itu sahaja. Paling makcik sakit hati dengar orang sembang kedai kopi, 

"Kisah Palestin memang ada dalam al-Quran, memang nasib dia berperang. " 

Memanglah al-Quran kata macam tu, tapi mana boleh ambil yang tersurat. Belajar dulu, tuntut ilmu, tanya orang alim maknanya."

Astaghfirullah. Batinku menjerit erti sebuah kebenaran. Malu sendiri aku sebagai MAHASISWI. Benar, Rasulullah, para sahabat, adakah Rasulullah hanya berdoa dan mengerahkan sahabat menghantar bantuan makanan ketika Islam dicerca dihina?Adakah Sultan Umar Abdul Aziz hanya berpeluk tubuh tatkala kezaliman menjalar di negara Islam?Adakah Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan rakyatnya hanya berdoa ketika hendak menawan Kota Constantinople?  Bukankah ketika Rom menghina Islam, Khalid al-Walid dihantar untuk menggempur(ada tunjuk perasaan ke?Action speak louder man). Bukankah Sultan Mohamad al-Fateh, melatih tenteranya, lalu memilih sebilangan tentera terbaik dari tenteranya, yang menjaga qiamulail, menjaga solat fardhu dan rajin berpuasa sebagai tenteranya, dilatih 40 hari dalam sebuah pulau dengan latihan kerohanian dan ketenteraan, sehinggakan tentera Rom tercengang hairan, melihat tentera Islam yang hebat, siang berperang malam masih berjaga malam, beribadat , bagaikan tidak pernah rehat. Tercengang mereka, memikirkan bila waktu sesuai untuk menyerang.

Novel-novel Sejarah Islam 
 Cukuplah kalau semua negara Islam yang punya hasil minyak, bersatu, menghentikan bekalan minyak walau seminggu kepada Israel dan sekutunya, lumpuhlah segenap ekonomi, jet2 pejuang dan kilang-kilang . Teknologi Israel sudah sampai ke jet tenaga solarkah untuk berperang, mengebom dan membunuh? Cukuplah kalau kite mengumpul kekuatan tentera , teknologi kita untuk sama turun di medan juang, insyaAllah gugurlah mereka. Perjanjian damai apalagi yang mereka taburkan ? Berpuluh-puluh tahun mereka mencabuli genjatan senjata tiap kali ada perjanjian dibuat? Buta dan tulikah kita untuk terus ditipu? Tanah Melayu dahulu, dirobek kedaulatan dek perjanjian pemerintah. Kalau melawan, hancur lebur Tanah Melayu diranab. Itu Tanah Melayu. Lepas berpuluh tahun dijajah, barat bertepuk tangan melihat perpecahan, kemusnahan akal dan akhlak yang berlaku.Tapi Palestin, berbeza. Aliran jihad dalam darahnya , sematan iman yang tersimpul, membuatkan mereka bangun dan terus bangun. Tapi dimanakah saudara seIslam yang lainnya?Bersekutu dan bersekongkol menjana ekonomi si pembunuh? 

 Tertipu lagi rupanya kita. Dipisahkan melalui sempadan negara, sehingga menidakkan mereka yang terbunuh itu saudara kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”

Allahuakbar! Akidah dan Perjuangan. Kerana akidah, Palestin masih berjuang.Kerana mereka yakin janji Allah, syahid mempertahankan agama dan negara, syurga balasannya.Namun dimanakah kita kini? Masih seperti katak dalam balang kaca, beralaskan api? Masih bergelut dengan dengan akidah sendiri? 

Tepuk dada tanya iman. Kita tidak mampu sendiri. Pemerintah juga begitu. Sultan Muhammad al-Fateh ingin menawan Kota Constantinople, beliau berpegang dengan hadith nabi "“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)".





Novel Sultan Muhammad al-Fateh yang membuatkan kita menjiwai perjuangan  Islam.


Hadis riwayat Abu Daud

2 comments:

neneknora said...

thanks for the clarification.
I'm always a lil' sceptical when it comes to wars. huhu. good post! keep it up!

Noura Insyirah said...

Thanks nora-azizi..n_n

Post a Comment

 
;